August 26, 2009

sedih di hati bila tidak bersama insan yang dikasihi..
sedih di hati melihat sahabat2 mampu berjaya,tapi diri makin mundur ke belakang...
tetapi,
lebih sedih memikirkan mengapa amal ibadah yang begitu penting dilakukan dengan lalai sekali...
lebih sedih memikirkan kembali mengapa telah diberi peluang tetapi disia-siakan...
lebih sedih melihat masa yang tak mungkin kembali lagi pergi begitu sahaja...

Ya Allah,adakah tidak sedar akan kewujudan Yang Maha Esa jika tidak berada dalam kesusahan?
mengapakah diri ini tidak bersyukur padaMu?
apakah diri ini sudah termasuk mereka yang jahil sehinggakan amanah yang diberikan tidak mampu dilaksanakan?
adakah daku akan diberi lagi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini?
tidakkah diri ini sedar,setiap experiment yang dilakukan,segala pemerhatian,pembedahan,setiap satu membuktikan lagi mengenai kebesaran Ilahi yang tiada tandingan...
oleh itu,mengapakah diri ini masih lagi bongkak?
Ya Allah,bantulah hambaMu...

No comments: